fb fb fb fb fb

Baju Malaysia ke Olimpik: Warna emas Jalur Gemilang tidak selari ikut Akta 414

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) perlu mengembalikan warna asal Jalur Gemilang pada logo Baju Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, tindakan berkenaan adalah tidak wajar mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414) selain ianya boleh mengelirukan masyarakat.

Jelasnya, Akta 414 telah menetapkan Bendera Malaysia sebagai Lambang Ternyata dan Jalur Gemilang sebagai Nama Ternyata.

Tambah Prof Datuk Dr Shamrahayu dalam konteks kali ini Jalur Gemilang adalah sebahagian daripada logo MOM.

"Apabila satu logo, katakan logo MOM tu yang diubah warna, warna jalur gemilang itu diubah adalah sesuatu yang boleh mengelirukan masyarakat dan pada saya sebenarnya ia tertakluk kepada undang-undang itu.

"Undang-undang berkaitan dengan Akta Lambang dan Nama ini, bagi saya tidak wajar untuk diubah warna bendera Malaysia itu," katanya kepada RTM.

Turut dipersoalkan adakah MOM telah mendapat kebenaran atau kelulusan daripada Menteri Belia dan Sukan berkenaan penggunaan lambang nyata Jalur Gemilang.

Katanya, menteri perlu memberi kebenaran bagi rekaan tersebut mengikut Akta 414 bagi mencegah Penggunaan Tidak Wajar Lambang Nyata negara.

GRACE AISYAH KEDAYAN