fb fb fb fb fb

Bajet 2023 tetap dibentangkan Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Bajet 2023 akan tetap dibentangkan Jumaat ini.

Demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jelas beliau, ia hasil pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

"Bajet sudah tentu akan dibentangkan. Itu yang saya difahamkan setakat pukul 10.30 malam tadi.

"Sebab kita ada 'pre council' dan saya orang terakhir berada dengan Perdana Menteri. Bajet akan dibentang 7 haribulan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau sekali gus menafikan khabar angin berhubung pembubaran Parlimen yang akan dibuat sebelum hari pembentangan Bajet 2023.

Tambah Junaidi, sekiranya keadaan itu berlaku, pentadbiran baharu selepas pilihan raya masih boleh menggunakan teks lama atau dipinda.

(Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Larangan Ahli Parlimen bertukar parti dikuatkuasakan sebelum PRU15

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata undang-undang berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti akan dikuatkuasakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.

"Rang undang-undang ini sebagaimana yang dipaparkan di laman sesawang rasmi Istana Negara pada pagi ini bahawa sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Tegas beliau, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Media Baharu