fb fb fb fb fb

Tabika Tunas Istimewa@KEMAS perkukuh pendidikan awal kanak-kanak

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis perasmian projek rintis Tabika Tunas Istimewa@KEMAS di Masjid Tanah, Melaka.

MASJID TANAH, 16 Ogos - Tabika Tunas Istimewa@KEMAS merupakan antara 42 inisiatif baharu atau game changer yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), bagi memperkukuh pembangunan modal insan desa melalui pendidikan awal kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KKDW berkata, program rintis itu bukan sahaja menekankan aspek pembelajaran, malah turut mengutamakan pembangunan sahsiah diri dan kemahiran digital kanak-kanak berkeperluan khas.

“Untuk fasa kedua tahun hadapan, kita akan laksanakan pendekatan satu negeri satu tabika khas. Bermula 2027, fasa ketiga menyasarkan satu daerah satu tabika, melibatkan penubuhan 126 tabika khas di seluruh negara yang mampu menampung seramai 1,764 kanak-kanak istimewa,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian projek rintis Tabika Tunas Istimewa@KEMAS di Masjid Tanah, Melaka.

Bagi fasa pertama, tiga Tabika KEMAS berkeperluan khas telah dibuka iaitu Tabika KEMAS Air Hitam Pantai, Alor Gajah; Tabika KEMAS Hang Jebat, Melaka Tengah; dan Tabika KEMAS Merlimau Barat 2, Jasin, dengan kapasiti keseluruhan 42 murid.

TUN JULIA MOHD TAHIR