fb fb fb fb fb

Isu buli boleh dibawa ke Kabinet

Datuk Seri Nancy Shukri, menegaskan kuasa menggubal undang-undang bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya.

KUCHING, 16 Ogos - Perbincangan berhubung isu buli boleh dicadangkan untuk dibawa ke peringkat Kabinet Persekutuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, bagaimanapun menegaskan kuasa menggubal undang-undang bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Beliau berkata undang-undang sedia ada sudah memperuntukkan perbuatan buli sebagai kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman termasuk denda sehingga RM3,000.

“Buli ini terletak di bawah bidang kuasa undang-undang, bukan kementerian saya. Namun, kami boleh bincang perkara ini bersama di peringkat Kabinet,” katanya.

Datuk Seri Nancy berkata demikian selepas merasmikan Program Gempak Inspirasi @ Sepagi Bersama Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) 2025 di Wisma Sabati, Kuching, hari ini.

TUN JULIA MOHD TAHIR