
KLUANG, 7 Ogos – Seorang pelajar kolej berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya di sebuah
lepas.
- Nurshazwen Mohd Idris mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.
- Tertuduh didakwa menyebabkan kematian bayi perempuan yang dilahirkan di rumah Taman Setia Mutiara, kira-kira pukul 10 pagi pada 29 Julai.
- Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman; tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menolak jaminan.
Tertuduh, Nurshazwen Mohd Idris, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian bayi perempuan yang baru dilahirkannya di sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang, kira-kira pukul 10 pagi pada 29 Julai lalu.
Nurshazwen didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.