fb fb fb fb fb

Aduan berkaitan integriti dan rasuah meningkat

KEDAH, 3 Oktober- Peningkatan sebanyak lima ganda aduan berkaitan integriti dan rasuah yang dilaporkan oleh penjawat awam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh sejak 10 tahun lalu.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia MCW, Jais Abdul Karim berkata, jumlah itu menunjukkan tahap kesedaran penjawat awam dalam usaha membantu kerajaan membanteras rasuah dan berintegiriti ,semakin tinggi.


(Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia MCW, Jais Abdul Karim)

"Saya melihat kesedaran penjawat awam jika mereka sayangkan rakan-rakan, mereka mesti melaporkan dan telah bermula ditanam di setiap penjawat awam bagi memastikan ketelusan dan juga tiada ketirisan di setiap agensi kerajaan tersebut," katanya selepas menyampaikan taklimat integriti pada Program Perhimpunan Bulanan Jabatan Penyiaran Kedah di Alor Setar, di sini.

Jais juga berkata, MCW sebagai pertubuhan bukan kerajaan, NGO membantu SPRM membanteras rasuah akan memberi panduan dan galakkan kepada penjawat awam untuk melaporkan kes rasuah disamping menjaga kerahsiaan mereka sebagai pelapor.

Terdapat lapan kaedah untuk membuat laporan dan tidak semestinya pelapor perlu hadir ke SPRM.

MCW kini dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi mengerakkan masyarakat termasuk penjawat awam lebih berintegeriti dan mengamalkan budaya membanteras rasuah.

Sebanyak 30 daerah terpilih dalam siri jelajah itu melibatkan program pidato dan kuiz anti rasuah dengan menyasarkan pemimpin muda.

Program turut dihadiri Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah Sharimah Abu Bakar.

Terdahulu Sahrimah dalam ucapan menyarankan warga kerja RTM Kedah untuk terus melaksankan tugas dengan berdedikasi dan komited dan sentiasa menjaga nama baik jabatan.

Media Baharu