fb fb fb fb fb

Harga minyak masak turun pada 8 Oktober hingga 7 November

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Harga minyak masak tulen merekodkan trend penurunan dengan harga baharu bermula 8 Oktober sehingga 7 November ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penetapan harga baharu bagi minyak masak tulen kemasan botol diharapkan mampu memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi)

"Bagi botol 5 Kg turun daripada RM33.50 kepada RM31.50 iaitu penurunan sebanyak RM2.00. Manakala bagi botol 3 Kg turun daripada RM21.10 kepada RM19.90 penurunan sebanyak RM1.20. Sementara itu bagi botol 2 Kg turun daripada RM14.30 kepada RM13.50, penurunan sebanyak 0.80 sen, botol 1 Kg turun daripada RM7.50 kepada RM7.10. penurunan sebanyak 0.40 sen," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Alexander berkata pihaknya masih menerima laporan berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP, namun jumlahnya kecil iaitu sebanyak 13 kes.

Media Baharu