KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Kerajaan akan meningkatkan pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) kepada RM5.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
"Dalam usaha mengoptimum peruntukan ini, skop MARRIS akan diperluas untuk merangkumi kerja penyelenggaraan jalan pertanian negeri di bawah seliaan lembaga kemajuan pertanian," katanya pada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, kerajaan negeri juga dibenar untuk menggunakan peruntukan MARRIS bagi membaiki dan mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana banjir.
"Penggunaan sehingga 20 peratus dana MARRIS juga dibenarkan untuk penyelenggaraan luar skop," katanya.