fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Pelepasan cukai bayaran yuran TADIKA, TASKA dilanjutkan

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Aspek kebajikan kanak-kanak terus dititikberatkan dalam Bajet 2023, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata RM188 juta diperuntukkan bagi program pendidikan awal kanak-kanak bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Ini termasuk pembinaan 10 buah taska KEMAS, antaranya tiga projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan; Limbang, Sarawak dan Pasir Putih, Kelantan.

(RM188 juta diperuntukkan bagi program pendidikan awal kanak-kanak bawah Jabatan
Kemajuan Masyarakat/Foto fail)

"Bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang memberi pendidikan awal anak-anak, kerajaan bersetuju melanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA berdaftar," kata Tengku Zafrul ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat di sini.

Beliau juga berkata bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberi bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500.

"Saya rasa, masih sempatlah lagi untuk ambil peluang mendapatkan zuriat pada tahun hadapan. Tapi kenalah ingat bahawa bantuan ini hanya kepada ibu dan bukan kepada bapa," tambahnya.


Media Baharu