fb fb fb fb fb

Bajet 2023: RM11 juta inisiatif Bank Bergerak

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Kerajaan akan memperuntukan RM11 juta untuk meneruskan inisiatif Bank Bergerak, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Zafrul berkata setakat Julai 2022, inisiatif Bank Bergerak itu melibatkan enam buah bank dengan melakukan ubah suai 15 buah kenderaan.

"Lebih 36,000 transaksi dilakukan antaranya Mukah di Sarawak, Kota Setar di Kedah dan Batu Sapi di Sabah.

"Kerajaan akan terus mengembangkan inisiatif ini yang memberi manfaat kepada penduduk pedalaman," katanya pada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Inisiatif bank bergerak merupakan antara tumpuan diberikan kerajaan di bawah inisiatif pembangunan luar bandar.

Ia bagi memudahkan penduduk luar bandar mendapatkan akses kepada perkhidmatan perbankan asas.

Media Baharu