fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Fokus insentif tingkat kemampanan fiskal negara

Foto Wikipedia

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Kementerian Kewangan komited memberi fokus kepada kemampanan fiskal negara dan insentif bagi mencapai agenda tersebut. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, perincian mengenai perkara itu juga dijangka akan diumumkan dalam Belanjawan 2023 nanti dan kementerian komited melakukan libat urus bersama pihak berkaitan mencari mekanisme terbaik bagi mengawal kadar inflasi dan mengurangkan impaknya kepada rakyat.


(Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah)

Untuk menangani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas, kerajaan terus melaksanakan pemberian subsidi sedia ada di samping bantuan sosial lain.

"Adakah subsidi bersasar atau kekalkan secara pukal ini keputusan yang besar, MOF teliti sepenuhnya dan membuat libat urus dan kita akan umumkan dalam masa terdekat, dalam belanjawan 2023 kita akan umumkan perkara yang akan beri kemampanan fiskal negara," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

Tambah beliau, peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara bersasar juga sedikit sebanyak membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pada suku kedua tahun ini.

Selain itu, Mohd Shahar berkata kerajaan turut melaksanakan langkah untuk membendung peningkatan kos sara hidup isi rumah antaranya melalui penetapan harga siling bagi produk barangan makanan tertentu serta meneruskan usaha menambah pengeluaran dan produktitivi hasil pertanian tempatan.

Kerajaan akan terus memantau faktor-faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik dalam memastikan kos sara hidup rakyat terkawal, ujar beliau.

Media Baharu