(Fadhlina ditemu bual selepas Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina/Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 20 Jun- Subjek bahasa Melayu dan Sejarah dikekalkan sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
"Setakat ini kekal dengan pendirian BM dan Sejarah kerana impaknya apa, SPM baru ini Sejarah tunjuk peningkatan sangat tinggi dan sangat baik keputusan bagi matapelajaran itu.
"Ia tunjuk anak kita tidak ada masalah kuasai subjek itu, cuma intervensi lebih agresif perlu dilaksanakan khususnya penguasaan bahasa Melayu dan Sejarah," kata Fadhlina dalam sidang media Majlis Penutupan Program Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung analisis pemarkahan SPM yang mendapat perhatian serta menimbulkan keraguan orang ramai terhadap sistem pemarkahan SPM 2022.
(Fadhlina berkata subjek Bahasa Melayu, Sejarah kekal syarat lulus SPM)