(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 26 Mei- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan beliau tidak mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana judi Perikatan Nasional telah dihentikan.
Jelasnya, SPRM telah menjalankan siasatan terperinci namun, tiada fail siasatan dibuka berikutan maklumat yang diperolehi setakat ini adalah bersifat umum.
Dalam kenyataan itu juga beliau meminta agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan isu tersebut mahupun membuat tuduhan tidak berasas terhadap perdana menteri.
Mewakili badan bebas dan berkecuali, SPRM tentu sekali berhak menjalankan siasatan yang berkaitan dan membuka fail siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694], atau mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi dari semasa ke semasa.
Selain SPRM. terdapat agensi lain termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang bertanggungjawab dan berkuasa untuk menyiasat sebarang kesalahan jenayah.
Beliau berkata, undang-undang Malaysia tidak mempunyai sebarang had masa untuk memulakan sebarang tindakan atas kes-kes jenayah
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak menghormati prinsip “rule of law”, dan tidak membuat kesimpulan melulu atas jawapan yang diberi di Dewan Rakyat.
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan
Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said)