fb fb fb fb fb

Axiata lantik Patrick Forth sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Patrick Forth dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Axiata Group Berhad

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Axiata Group Berhad melantik Patrick Forth sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menyatakan bahawa pemilihannya dibuat berdasarkan kepakaran luas beliau dalam gangguan digital, transformasi berasaskan kecerdasan buatan (AI), serta sektor telekomunikasi.

Sepanjang kerjayanya, Patrick telah memberi khidmat nasihat kepada syarikat utama dalam pelbagai industri, termasuk media dan telekomunikasi, AI, transformasi digital, kecemerlangan operasi, serta pertumbuhan pasaran.

Beliau juga pernah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi utama di peringkat global dan serantau.

"Pelantikan beliau ke dalam Lembaga Pengarah syarikat ini dijangka dapat memperkukuh keupayaan Kumpulan dalam teknologi baharu dan disruptif serta AI, selain menyokong peralihan Axiata daripada syarikat telekomunikasi kepada syarikat teknologi," menurut kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE