fb fb fb fb fb

MOTAC galakkan promosi awal Malaysia, destinasi pelancongan utama

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengharapkan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perlu dimulakan lebih awal, dengan pelbagai program yang mampu menarik perhatian pelancong.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Shaharuddin Abu Sohot, produk-produk yang unik dan berkualiti seperti penganjuran acara trak makanan antara potensi produk yang boleh diketengahkan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.

"Program ini, memang salah satu daripada program tarikan pelancong, sebab kita melihat ramai juga pelancong yang datang di sini, bukan sahaja dari dalam negara malahan dari luar negara juga datang untuk berkunjung ke sini.

"Kita perlu perbanykkan lagi program-program untuk pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, nanti dan kita memang buat bermula daripada sekarang, untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Yang penting kita perlu memastikan produk-produk yang kita hasilkan ini dapat menarik minat para pelancong berkunjung ke negara kita," katanya kepada RTM selepas merasmikan Program Terakhir Ramadan Dirai Syawal Dinanti bersama peniaga-peniaga trak makanan dan pengunjung Sembang Matic di Lanai, Ampang, malam tadi.

Program dengan kerjasama Ambank ini, menunjukkan satu inisiatif yang tepat untuk menyokong dan memperkasakan usahawan kecil dalam memperkukuhkan industri pelancongan Malaysia bagi persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

TETITIA YUSOFF