fb fb fb fb fb

AwAS rekod 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju pada Op Raya

(GAMBAR FAIL)

PUTRAJAYA, 7 Mei - 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju dikesan melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan berkata sejak Op Hari Raya Aidilfitri dijalankan bermula 29 April, sebanyak 4.7 juta kenderaan telah dikesan dan direkodkan melalui kamera AwAS di lebuh raya di seluruh negara.

Sebanyak 1.5 juta kenderaan telah melalui kamera AwAS di lampu isyarat dengan lebih 10,000 kenderaan direkod melanggar lampu isyarat merah.

(kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS)/GAMBAR FAIL)

Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AwAS merupakan antara lima kesalahan utama yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.

Pengguna jalan raya yang melakukan kedua-dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah juga direkodkan dengan tindakan sehingga empat mata demerit berjadual.

Media Baharu