fb fb fb fb fb

174 Kenderaan diambil tindakan - JPJ Melaka

MELAKA SENTRAL, 7 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengambil tindakan terhadap 174 kenderaan daripada keseluruhan 944 kenderaan di negeri itu yang diperiksa dalam tempoh seminggu pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan Sempena Hari raya Aidilfitri hingga 5 Mei.

Selain itu, lebih 200 notis atau kompaun turut di keluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar, membawa lebih muatan, membawa muatan dalam keadaan bahaya, lesen memandu kompeten tamat tempoh dan sebagainya.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata dalam operasi sama, 3 motosikal dan sebuah kereta turut disita.


(Pemeriksaan bas di Terminal Melaka Sentral)

Sementara itu, pemeriksaan bas di Terminal Melaka Sentral pula mendapati daripada keseluruhan 122 pemandu yang diperiksa, seorang pemandu ganti ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas dikesan positif ganja.

"Untuk makluman, antara kesalahan utama yang kita dapati ialah CDL tamat tempoh atau lesen memandu kompeten tamat tempoh, terdapat 49 kesalahan.

"Dari segi notis, sebanyak 219 notis telah dikeluarkan sepanjang tempoh ini sehingga 5 haribulan serta 4 buah kenderaan telah di sita.

"Pemeriksaan bas di terminal, sebanyak 326 bas di terminal, dari segi pemandu kita telah memeriksa lebih kurang 122 pemandu dan 1 pemandu kita dapati positif dadah.

Operasi tersebut akan diteruskan sehingga esok.

Beliau ditemui pemberita selepas Operasi khas pemeriksaan bas di Terminal Melaka Sentral, di sini.

Media Baharu