fb fb fb fb fb

Jumlah pesakit baharu Talasemia boleh dikurangkan - Pakar Perubatan

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Pesakit baharu Talasemia boleh dikurangkan dengan kesedaran pembawa penyakit Talasemia itu sendiri.

Menyatakan demikian, Pakar Perunding Hematologi Hospital Ampang, Dr Veena Selvaratnam.


(Pakar Perunding Hematologi Hospital Ampang, Dr Veena Selvaratnam)

Jelasnya, kesedaran pembawa Talasemia amat penting kerana ia merupakan penyakit keturunan genetik yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak.

"Jadi memang betul kita tidak elakkan menjadi pembawa, cara yang boleh kita elakkan menjadi pembawa jika boleh kita jangan kahwin dengan pembawa lain, sebab kalau kita kahwin dengan pembawa lain, ada risiko anak kita boleh mendapat Talasemia.

"Jadi, kalau pembawa dengan pembawa, kita ada 25 peratus keberangkalian anak itu mendapat Talasemia", katanya.

Beliau ditemubual dalam satu program terbitan RTM di Angkasapuri.

Mengulas lanjut, Dr Veena memaklumkan bayi yang menghidap Talasemia akan kelihatan normal semasa kelahiran.

Namun, kesihatannya akan mula merosot dan bertambah teruk pada usia 6 hingga 18 bulan serta beberapa gejala seperti pucat, gelisah, kurang selera makan, tumbesaran terbantut.

Oleh itu, ujian darah perlu dilakukan bagi mengesan penyakit tersebut.

Media Baharu