fb fb fb fb fb

Pelajar tahun enam maut, langgar pembahagi jalan

SUNGAI PETANI, 7 Mei - Seorang pelajar tahun 6 maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas, melanggar pembahagi jalan di Jalan Spice Village, Taman Kelisa, Bandar Amanjaya semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata manakala rakannya yang membonceng cedera parah di kepala.


(Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan)

Kemalangan dilaporkan kira-kira pukul 11.15 malam apabila motosikal yang ditunggang Mohamad Nor Alif Firdaus Afzanizan 12 tahun bergerak laju dari arah Taman Spice Village 1 menghala ke arah Taman kelisa melanggar pembahagi kiri jalan dan hilang kawalan.

Akibat kejadian itu, perlanggaran tersebut telah menyebabkan Mohamad Nor Alif Firdaus dan Muhamad Alwi Muhaimin Rizaudin 12 tahun yang membonceng tercampak ke tengah jalan.

Mangsa maut serta merta di tempat kejadian, manakala rakannya dibawa menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan JPJ 1987.

Media Baharu