fb fb fb fb fb

YDSM salur RM277,500 bantuan kepada fakir miskin dan pelajar

FOTO BERNAMA

KUALA TERENGGANU,17 Mac- Yayasan Diraja Sultan Mizan membelanjakan RM277,500 bagi mengurniakan bantuan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah tahun ini.

Bantuan tersebut melibatkan 200 fakir miskin dari seluruh negeri, termasuk golongan asnaf dari Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) serta dua madrasah pusat pengajian Islam yang dipilih khas. Seramai 30 pelajar turut menerima bantuan dalam inisiatif ini.

Selain itu, 240 murid sekolah daripada keluarga miskin dari lapan buah sekolah turut menerima bantuan, dengan setiap penerima menerima wang tunai RM500.

Lebih istimewa, Yayasan Tuanku Nur Zahirah turut menyumbang kepada 300 fakir miskin wanita, terdiri daripada pengusaha dan penenun songket yang bernaung di bawah yayasan tersebut.

Majlis kurniaan disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, dan Sultanah Nur Zahirah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE