fb fb fb fb fb

Australia sambut baik gencatan senjata serta-merta, tanpa syarat Kemboja-Thailand

Tangkap layar X Senator Penny Wong

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Australia menyambut baik persetujuan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat yang dicapai antara Kemboja dan Thailand, sekali gus memberi harapan baharu kepada penyelesaian damai jangka panjang antara kedua-dua negara jiran itu.

Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong menerusi satu kenyataan di platform X turut menggesa kedua-dua pihak untuk menghormati perjanjian tersebut dan terus berusaha ke arah penyelesaian berkekalan dan damai.

"Kami menghargai kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN, serta peranan yang dimainkan oleh Presiden Donald Trump dalam usaha ini," menurut kenyataan itu.

Persetujuan gencatan senjata berkenaan hadir selepas beberapa insiden ketegangan rentas sempadan antara pasukan keselamatan Kemboja dan Thailand yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara serantau.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini telah memainkan peranan penting dalam menjadi pengantara bagi meredakan konflik, dengan beberapa rundingan tertutup diketuai sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI