fb fb fb fb fb

AUKU tidak perlu dimansuh secara keseluruhan - PM

(FOTO FAIL)

SHAH ALAM, 8 April - Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu dipinda pada perkara-perkara tertentu seperti kebebasan mahasiswa dan akademik berbanding memansuhkannya secara keseluruhan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana, akta tersebut perlu untuk menjaga dan mengawal institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dan peraturannya wajar dipatuhi serta dijadikan panduan.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau berkata, kebebasan kegiatan mahasiswa dan akademik boleh diperhalusi dan perkara itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan kementeriannya.

"Apa yang dibangkitkan tentang AUKU itu penting. AUKU ini, peruntukan tentang kebebasan kegiatan mahasiswa itu boleh diperhalusi atau akademik, profesor dan pensyarah boleh menulis dan memberikan pandangan termasuk kritikan,” katanya dalam sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, di sini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan akan membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) akta tersebut hujung tahun ini.

Pindaan tersebut masih dalam proses draf dan hanya membabitkan seksyen 15 dan 16.

Media Baharu