RAUB, 6 Januari- Angkatan Tentera Malaysia(ATM) menerusi OP Murni mengerakan 80 anggota bagi kerja membaik pulih jambatan di Kampung Lechar, Raub.
Jelas Ketua jurutera Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Mejar jeneral Datuk Chapiti Redzwan, jambatan itu rosak akibat hakisan tanah disebabkan banjir pada awal bulan lalu.
"Jambatan berkenaan telah mendapat permohonan dari Jabatan Kerja raya(JKR) dan NADMA dengan menambah lagi 3 Bay sepanjang 10 meter,"
"Pembinaan pada 7 Januari lalu, ia melibatkan 8 teluk namun, setelah setahun kedudukan sungai berubah sehingga memerluka tambahan tiga teluk berukuran panjang 10 meter," jelasnya dalam satu sidang media selepas meninjau kerja pembinaan jambatan itu.
Tambahnya lagi ketika ini terdapat beberapa lagi permohonan pembinaan jambatan Bailey itu antaranya di Jelebu, Negeri Sembilan dan Gua Musang, Kelantan.