fb fb fb fb fb

ATM aktif 'Tabung Tragedi Lumut 24'

Foto ATM

KUALA LUMPUR, 29 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan Tabung Khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi memudahkan warga ATM dan orang ramai menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa tragedi nahas helikoper Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

ATM dalam satu kenyataan berkata, ‘Tabung Tragedi Lumut 24' diaktifkan bermula hari ini hingga Jun depan.

"Ianya bertujuan bagi memudahkan warga ATM dan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan beban yang dipikul setelah kehilangan ahli keluarga yang tercinta, "menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Affin Bank bernombor 100040001752 atas nama Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) atau melalui cek atas nama ‘Tabung Kebajikan Angkatan Tentera’.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-40131023.

Selasa lalu, dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas ketika menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Insiden yang berlaku di Pangkalan TLDM Lumut itu, mengorbankan kesemua 10 anggota dalam dua helikopter terbabit.

TETITIA YUSOFF