fb fb fb fb fb

Asnaf perlu amanah, maklumkan jika sudah berpendapatan

enteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir ke Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Seputeh

KUALA LUMPUR, 19 Ogos -Golongan asnaf diingatkan agar bersifat amanah ketika memohon bantuan dan memaklumkan Pusat Zakat jika sudah mempunyai pendapatan serta mampu menanggung diri dan keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan itu bagi memastikan bantuan dapat diagih dengan adil kepada mereka yang benar-benar layak serta memenuhi kriteria yang ditetapkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

"Menjadi kewajipan kepada golongan asnaf ini untuk memaklumkan kepada MAIWP kalau dia dah tak layak lagi sebab Allah memberi nikmat rezeki kepada dia, dia kena maklumla kepada MAIWP. Ini mesti ada sifat adil disitu, sebab apabila mana dia tarik diri, bahagian dia tu orang lain akan dapat asnaf lain akan dapat.

"Sebab dia punya jumlah tu agak terhad. Pada saya kita nak beri nasihat pada golongan asnaf ini supaya ada sifat amanah kalau dia rasa dia tak layak dia kena maklum,"katanya kepada pemberita selepas selepas menghadiri Program Ziarah Pusat Agihan Zakat (PAZA) MAIWP Cawangan Seputeh dan Program Ziarah Asnaf di sekitar ibu negara.

Terdahulu, beliau merasmikan PAZA MAIWP Cawangan Seputeh bagi memudahkan golongan asnaf sebelum ini yang perlu ke ibu pejabat untuk pelbagai urusan berkaitan permohonan bantuan.

Beliau turut berharap lokasi baharu yang lebih dekat itu menjadikan proses agihan zakat lebih cepat dan berkesan kepada penerima.

TETITIA YUSOFF