fb fb fb fb fb

ART: Pulau Pinang di landasan betul jadi peneraju semikonduktor

Foto RTM

GEORGE TOWN, 18 November - Pulau Pinang berada di landasan yang betul dalam menjadi peneraju bidang semikonduktor ekoran Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia – Amerika Syarikat (ART).

Menurut Ketua Menteri yang juga Adun Padang Kota, Chow Kon Yeow, impak perjanjian itu adalah menyeluruh dan membuka ruang yang lebih luas kepada sektor elekrik dan elektronik menembusi pasaran Amerika.

“Perjanjian ini meningkatkan status Malaysia menjadi rakan strategik yang komprehensif dengan Amerika Syarikat. Sebelum ini, Malaysia hanya berperanan sebagai pembekal biasa, tetapi kini hubungan diperluas dan negara menjadi rakan utama dalam rantaian bekalan Amerika Syarikat,” katanya ketika
menjawap soalan lisan yang dikemukakan Adun Seberang Jaya, Izhar Shah.

Ia mengenai pendirian Pulau Pinang berhubung ART dalam sidang DUN Pulau Pinang.

Selain itu, perjanjian itu juga akan mengukuhkan potensi kemasukkan pelaburan asing ke negeri tersebut dan ia akan membuka peluang pekerjaaan kepada warga tempatan.

Perjanjian tersebut juga akan menyaksikan akses kepada pasaran bebas Amerika Syarikat dengan perusahaan kecil dan sederharan (PKS) halal berpotensi menjadi produk antarabangsa menerusi eksport.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN