fb fb fb fb fb

Arkib Negara ke setiap negeri kumpul bahasa basahan

Arkib Negara Malaysia

KANGAR, 14 November- Arkib Negara bakal mengadakan satu konvensyen, sekali gus bergerak ke setiap negeri bagi mengumpulkan bahasa kolokial atau bahasa basahan sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata, Malaysia sangat kaya dengan bahasa kolokial sehingga hampir setiap daerah di negeri Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak mempunyai bahasa kolokial tersendiri.

Sehubungan itu, matlamat konvensyen yang bakal diadakan nanti adalah bertujuan mengumpulkan bahasa berkenaan untuk dibukukan.

"Kita akan bertemu dengan individu yang telah berusaha menulis buku atau yang telah mengumpul perkataan itu tetapi tidak mampu nak terbitkan buku.

"Jadi, kita akan cuba menemukan dan insya-Allah kita akan cuba membantu untuk terbitkan buku.

"Kita juga akan cuba 'membunyikannya' daripada segi phonetic, linguistic supaya tahu sebutan yang betul," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti “Gebang Loghat Utagha” di sini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA