fb fb fb fb fb

Ardell Aryana ditahan tentera Israel – Sumud Nusantara aktifkan SOS

Tangkap layar Instagram @sumudnusantaraofficial

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Seorang delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Nurul Hidayah atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana, telah ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

Menerusi satu hantaran di Instagram rasmi @sumudnusantaraofficial bertajuk "SOS MESEJ DELEGASI KAPAL MIKENO", pertubuhan itu menggesa orang ramai menyebarkan rakaman kecemasan yang memaklumkan penahanan tersebut.

"Sebarkan video ini seluasnya! Kerana jika kalian menonton video ini, bermakna seorang delegasi Malaysia di Mikeno iaitu: 1. Nurul Hidayah (Ardell Aryana) sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Sumud Nusantara memaklumkan bahawa kapal Mikeno, salah sebuah kapal delegasi GSF telah dipintas tentera Israel pada Khamis.

SITI AISHAH BINTI MD ISA