fb fb fb fb fb

APM lancar Op Prihatin, siap siaga hadapi peralihan monsun dan Aidilfitri

Foto hiasan

IPOH, 7 April- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melancarkan Op Prihatin peringkat negeri Perak sempena Tempoh Peralihan Monsun dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia bagi menyediakan perkhidmatan kecemasan dan bantuan awal kepada orang awam yang ditimpa musibah atau terlibat dengan kemalangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan APM Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, seramai 144 anggota APM Perak ditugaskan dalam operasi berkenaan yang bermula Jumaat lepas hingga 14 April ini.

"Antara yang kita bantu di peringkat penugasan adalah seperti tayar pancit, pokok tumbang. Op Prihatin ini tidak lagi daripada penugasan harian yang kita buat sebelum ini.

"APM secara aktif membuat rondaan membantu rakyat untuk apa-apa keperluan lah bencana dan sebagainya," katanya kepada pemberita pada majlis Pelancaran Op Perihatin APM negeri Perak di sini.

Pihaknya juga akan melakukan rondaan di jalan persekutuan dan jalan negeri dalam radius lima kilometer dari Pusat Kawalan Operasi (PKO).

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi tempoh peralihan monsun dengan memastikan keperluan seperti dokumen-dokumen penting, pakaian harian, ubat-ubatan, keperluan makanan dan wang ringgit bagi tujuan kecemasan disimpan dalam beg kecemasan keluarga.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI