Aplikasi ‘Be My Eyes’ impak bermakna buat OKU penglihatan

AI turut memainkan peranan dalam kesamarataan sosial

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Lebih 69,000 Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan bakal menerima manfaat aplikasi ‘Be My Eyes’ dengan interaksi kecerdasan buatan (AI).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan MADANI komited memastikan kemajuan teknologi dinikmati tanpa meminggirkan komuniti OKU.
  • AI bukan hanya pemacu ekonomi tetapi juga alat untuk kesamarataan sosial dan sokongan harian kepada OKU penglihatan.
  • Aplikasi Be My Eyes membolehkan OKU penglihatan mengenal pasti objek dan persekitaran serta capai kebebasan akses.
  • Program AI Untuk Rakyat dan MAB merapatkan jurang digital serta tingkatkan kesedaran mengenai keperluan OKU penglihatan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo memberitahu inisiatif itu bukti kerajaan MADANI komited dalam memastikan semua rakyat menikmati kemajuan tanpa meminggirkan komuniti berkenaan.

“AI bukan hanya sebagai pemacu ekonomi, tetapi turut memainkan peranan dalam kesamarataan sosial. Matlamat kementerian adalah untuk memanfaatkan teknologi itu, agar komuniti OKU mampu berdepan cabaran harian,”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program ‘Global Accessibilty Awareness Day’ GAAD dan aplikasi “Be My Eyes’.

Jelasnya, platform berkenaan membolehkan komuniti OKU penglihatan mengenal pasti objek dan persekitaran baharu juga mengakses secara bebas.

Selain itu, program AI Untuk Rakyat pula berperanan merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat termasuk komuniti OKU.

Dalam masa sama, Pertubuhan Orang Buta Malaysia (MAB) merupakan sistem sokongan penting yang turut membantu meningkatkan kesedaran awam mengenai keperluan golongan OKU penglihatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.