fb fb fb fb fb

Aplikasi aduan MYJalan-i-Tegur dilaksana bawah SISPAA

Menteri Kementerian Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 7 November - Kementerian Kerja Raya (KKR) melaksanakan permohonan pelaksanaan integrasi antara aplikasi MYJalan dan i-Tegur bagi menyeleraskan sebarang aduan yang diterima di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) pada Julai lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata aplikasi itu akan dilaksana secara terus kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ataupun agensi kerajaan negeri.

"KKR dan JKT bersetuju supaya integrasi aduan melalui aplikasi MYJalan dilaksanakan secara terus kepada SISPAA JKT atau PBT.

"... (ini) seperti sedia ada bagi memudahkan pemantauan tindakan terhadap aduan yang diberikan sekali gus pengadu mendapat status tindakan terhadap aduan yang diberikan secara automatik," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Young Syefura Othman (Bentong) di Dewan Rakyat hari ini.

Young Syefura mahu tahu penyelarasan status aduan daripada agensi lain di bawah aplikasi MyJalan di bawah SISPAA.

Tambahnya, kementerian juga akan menambah baik sistem SISPAA melibatkan inter-agensi serta keperluan untuk Biro Pengaduan Awam (BPA) mengintegrasikan sistem-sistem lain untuk penyelenggaraan jalan raya.

GRACE AISYAH KEDAYAN