fb fb fb fb fb

Keperluan tenaga kerja sektor kesihatan Sabah dijangka meningkat menjelang 2030

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni /Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 November-Data terkini keperluan tambahan sumber tenaga manusia dalam sektor kesihatan di  negeri Sabah, diunjur menunjukkan peningkatan menjelang tahun 2030 bagi kedua-dua sektor awam dan swasta.  

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, merujuk  jadual projek yang bakal siap di negeri itu menjelang tahun 2030, keperluan tenaga kerja bagi sektor awam dijangka meningkat daripada 4,516 orang pada tahun 2023, kepada 6,526 orang pada tahun 2030; dengan keperluan tambahan sebanyak 2,010 orang. 

Manakala, bagi sektor swasta pula, peningkatan diunjur daripada 645 orang pada tahun 2023 kepada 810 orang pada tahun 2030., dengan tambahan sebanyak seratus 65 orang pegawai orang. 

"Secara keseluruhannya, jumlah tenaga kerja kesihatan yang diperlukan akan meningkat daripada 5,161 orang pada tahun 2023 kepada 7,336 orang pada tahun 2030, dengan jumlah tambahan sebanyak 2,687 orang.

"Nisbah doktor kepada penduduk juga dijangka memperlihatkan peningkatan yang positif daripada satu doktor bagi setiap 697 penduduk pada tahun 2023 kepada 1 doktor bagi setiap 571 penduduk pada tahun 2030. 

"Ini menunjukkan bahawa penambahan tenaga kerja dalam sektor kesihatan di Sabah adalah penting bagi menampung peningkatan populasi dan memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih mampan", katanya demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kota Belud, snaraissah Munirah Majilis di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu,  beliau turut memaklumkan keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri sendiri antara strategi dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)  bagi merapatkan jurang nisbah doktor di Sabah.

Antara strategi lain termasuk menempatkan lebih ramai pegawai perubatan, pegawai perubatan yang telah menamatkan pengajian kepakaran dan pakar perubatan tetap dan kontrak bagi menyokong perkhidmatan perubatan dan kesihatan di  negeri itu.   

Selain itu, usaha juga dilakukan untuk mengisi jawatan pegawai perubatan  dan pakar perubatan yang masih kosong di fasiliti kesihatan Sabah serta mengemukakan permohonan untuk mewujudkan jawatan tambahan pegawai perubatan dan pakar perubatan kepada agensi pusat khususnya bagi fasiliti baru dan fasiliti dinaiktaraf. 

"Dan juga melaksanakan pendekatan inovatif iaitu menggabungkan perkhidmatan kepakaran dalam lingkungan fasiliti tertentu menerusi konsep hospital kluster dan melaksanakan konsep 'visiting specialist' bagi pakar perubatan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada penduduk di luar bandar.

"Meneruskan pelbagai insentif untuk menarik dan mengekalkan petugas kesihatan khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, antaranya kemudahan bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan, tambang ziarah wilayah dan bayaran insentif penempatan pakar perubatan dan pakar pergigian di fasiliti kesihatan di Sabah", katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD