fb fb fb fb fb

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia komited bantu keamanan Myanmar

Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

BEIJING, 7 November- Malaysia komited menjalankan penglibatan kolaboratif sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam usaha membantu keamanan di Myanmar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penglibatan itu adalah dengan kerjasama negara-anggota ASEAN, rakan dialog utama dan organisasi antarabangsa.

"Kesejagatan ASEAN adalah asas yang membolehkan rantau kita berinteraksi secara kondusif dengan kuasa-kuasa dunia sambil mengekalkan kebebasan serta memupuk kestabilan serantau.

"Kesejagatan ini menentukan bagaimana sesebuah negara itu bertindak," katanya dalam syarahan bertajuk ‘Memperkukuh Masa Hadapan: Malaysia-China dan Kepusatan ASEAN dalam Perubahan Global’ di Universiti Peking.

Anwar kini dalam lawatan kerja empat hari bermula 4 November lalu.

Dalam pada itu, perkembangan landskap global kini menuntut negara anggota ASEAN untuk mendepani cabaran masa hadapan yang semakin kompleks.

Justeru, Malaysia selalu negara pengemudi persidangan ASEAN pada tahun hadapan bersedia menggalas tanggungjawab besar itu demi kemajuan negara serantau.

"Sehubungan itu, tema kepengerusian ASEAN 2025 "Keterangkuman dan Kemampanan" mencantumkan visi ASEAN di mana semua anggota mendapat manfaat daripada pertumbuhan dan pembangunan," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM