KUALA LUMPUR, 13 November- Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) akan diteliti sebaiknya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menjadi input penting dalam siri perbincangan dasar sepanjang Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 2024 itu berlangsung.
Jelas Perdana Menteri, laporan itu mengandungi aspirasi sektor perniagaan di Ekonomi Asia Pasifik kepada para pemimpin Ekonomi APEC.
Selain itu, ia bertujuan menyokong pertumbuhan inklusif yang memanfaatkan rakyat, memperkukuh daya saing perniagaan dan meningkatkan kemakmuran serantau.
Laporan itu diterima daripada Pengerusi ABAC Malaysia, Datuk Ruben Emir Gnanalingam selepas mempengerusikan mesyuarat pra-majlis sejurus tiba dari Kaherah, Mesir.
Perdana Menteri dijadual akan menyertai Dialog Pemimpin Ekonomi APEC bersama ABAC pada 15 November ini.
Jelasnya, selain Ruben selaku moderator, sesi dialog tersebut akan disertai Presiden Vietnam, Lurong Churong bersama wakil ABAC dari Vietnam, Kanada, Papua New Guinea dan Rusia.