fb fb fb fb fb

Anwar umum tolak gaji Perdana Menteri

FOTO BERNAMA

KAJANG, 24 November - "Saya memilih untuk menolak gaji Perdana Menteri."

Demikian kenyataan yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan pemotongan itu berkuat kuasa dalam tempoh berapa lama.

Perkara itu akan dilakukan kerana memahami keperitan dan kepayahan rakyat yang terpaksa meneruskan hidup dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

“Saya sudah umumkan bahawa langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tidak melihat negeri tanpa mengira agama atau memikirkan gaji, maka saya memilih menolak gaji Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Sungai Long Golf & Country Club di sini, hari ini.

Tambahnya, pemulihan ekonomi dan integriti akan menjadi fokus utama pentadbirannya selain memberikan jaminan bahawa tiada rakyat yang akan dipinggirkan di bawah kerajaan pimpinannya.

Beliau turut menegaskan bahawa dirinya tidak akan berkompromi terhadap isu rasuah dan penyelewengan kuasa.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sidang
media pertamanya di Sungai Long Golf & Country Club, Kajang)

Media Baharu