fb fb fb fb fb

Anwar umum senarai 28 anggota Kabinet, dengan dua timbalan perdana menteri

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menunjukkan senarai pembentukan barisan Kabinet pada sidang media Pengumuman
Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri)/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 2 Disember- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komuniti.

Ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung oleh RTM.

Anwar sendiri turut memegang portfolio Kewangan.

Kerajaan perpaduan dianggotai 28 ahli Jemaah Menteri, lebih kecil berbanding kerajaan terdahulu.

Berikut senarai penuh barisan kabinet:

Perdana Menteri, Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perladangan dan Komuniti: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu

Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Khaled Nordin

Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman Said

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Komunikasi Digital: Fahmi Fadzil

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Agama: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh

Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar

Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Datuk Armizan Mohamad Ali

Istiadat Angkat Sumpah Anggota Kabinet dijadualkan berlangsung pukul 3.00 petang esok (Sabtu) di Istana Negara.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media
Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra/BERNAMA)

Media Baharu