KUALA LUMPUR, 27 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar menyifatkan pemimpin Timor-Leste itu sebagai seorang pejuang yang menegakkan kebebasan.
"Kepada sahabat saya Ramos-Horta dari Timor-Leste, saya dengan penuh penghargaan mengucapkan selamat hari lahir, yang istimewanya bertepatan dengan sambutan krismas dan tahun baharu.
"Anda seorang sahabat yang baik, seorang pejuang yang tidak kenal lelah demi kebebasan dan keadilan.
"Saya mendoakan keselamatan anda dan negara Timor-Leste," katanya menerusi kenyataan.
Perdana Menteri turut menyatakan harapan agar hubungan antara kedua-dua negara dan rakyat terus erat terjalin.