HANOI, 20 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Hanoi, Vietnam.
Beliau yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Vietnam itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi-Bai, Hanoi pada pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan.
Sebaik tiba rombongan ketibaan beliau disambut Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Nguyen Van Hung, bakal Duta Vietnam ke Malaysia Dinh Ngoc Linh, Timbalan Menteri Luar Negeri Do Hung Viet dan beberapa pegawai tertinggi Vietnam.
Turut bersama menyambut ketibaan, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang tiba lebih awal, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin serta Duta Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai.
Ini merupakan negara ASEAN yang terakhir dilawati dan lawatan ini adalah atas undangan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, yang disampaikan ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Mei lepas.
(Beliau yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Vietnam itu tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Noi-Bai, Hanoi pada pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan)