fb fb fb fb fb

Anwar tiba di Berlin untuk lawatan rasmi lima hari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Berlin bagi lawatan lima hari / Foto Jabatan Perdana Menteri

BERLIN, 11 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Berlin pada 10.29 malam (waktu tempatan) pada Ahad.

Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Bradenburg Berlin disambut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri, adalah Duta Besar Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Ahmad Rozian Abdul Ghani.

Selain Menteri Luar Negeri, lawatan sulung Anwar ke Jerman turut diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Anwar turut dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman Frank Walter Steinmeier, dan bertemu empat mata dengan rakan sejawat beliau, Canselor Olaf Scholz pada Isnin.

Lawatan rasmu Datuk Seri Anwar adalah bagi memenuhi jemputan kedua-dua pemimpin tertinggi Jerman itu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD