fb fb fb fb fb

Anwar-Thaksin adakan perbincangan termasuk Kepengerusian ASEAN

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengadakan pertemuan dan perbincangan beberapa perkara penting, termasuk Kepengerusian ASEAN, dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr. Thaksin Shinawatra, semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata perbincangan tersebut turut menyentuh beberapa isu kritikal serantau, antaranya usaha meningkatkan ekonomi, perkembangan teknologi baharu, inisiatif perdamaian di selatan Thailand, dan penyelesaian krisis di Myanmar.

"Kepakaran dan jaringan perhubungan meluas yang dimiliki di rantau ini, membolehkan beliau (Thaksin) memainkan peranan dan membuka peluang-peluang penting buat Malaysia dan ASEAN bagi berdepan cabaran-cabaran ini dengan penuh yakin dan berkesan.

"Saya dan Thaksin turut bertukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Thailand dan selaras visi dan persefahaman seperti mana yang saya kongsikan bersama-sama PM Paetongtarn Shinawatra.

"Kami berkongsi kepercayaan yang sama sejak puluhan tahun lalu, bahawa Malaysia dan Thailand berupaya mencipta pelbagai kejayaan bersama untuk kedua-dua negara dan rantau ini.

"Insya-Allah, saya dan Thaksin komited untuk merealisasikan hasrat ini," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM