LABUAN, 27 Disember - Penduduk Labuan berdepan gangguan bekalan air selama tiga hari bermula pukul 3 petang ini.
Ini susulan kerosakan bandscreen di Loji Rawatan Air (LRA) Lawa Gadong untuk dibaiki sementara.
Jabatan Bekalan Air Labuan (JBA) berkata, bekalan air akan disalurkan semula kepada pengguna pada 29 Disember (Ahad), pukul 10.00 pagi.
Katanya, proses penutupan sementara bekalan air akan mengambil masa lebih kurang 42 jam.
"LRA Lawa Gadong boleh beroperasi semula walaupun bukan pada tahap optimum.
"Bagi meningkatkan semula paras air di Tangki Imbangan Bukit Besar dan tangki perkhidmatan yang lain, JBAWPL akan membuat penutupan semula pada semua tangki," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Tambah kenyataan itu, JBA akan menggerakkan lori ke tangki air sedia ada ke rumah pengguna terjejas.
"JBA memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan terima kasih atas kerjasama dan kesbaran semua pihak sepanjang tempoh inim" katanya.