fb fb fb fb fb

Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tekad dalam memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, perkara itu bagi membolehkan pelajar memberikan fokus terhadap pelajaran.

"Insya-Allah saya akan terus pastikan persekitaran di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus, sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran," katanya.

Anwar memaklumkan beliau diwakili Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi pada sesi Ziarah Kebajikan di Indera Mahkota, Kuantan turut meninjau keadaan fasiliti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, Pahang.

Pada sesi tinjauan itu, Ahmad Farhan juga beramah mesra dengan ibu bapa, guru dan pelajar sekolah terbabit.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI