TASEK GELUGOR, 17 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kasih Ihsan di Kampung Tok Bedu, di sini hari ini.
Rumah Kasih Ihsan menyediakan kediaman kepada golongan rakyat dalam kategori miskin dan miskin tegar secara percuma.
Penerima Rumah Kasih Insan Siti Nooraie Hassan berkata, "saya sangat bersyukur kerana menjadi penerima bagi rumah ini. Saya dapat rumah ini, sama tarikh dengan suami saya kemalangan. Alhamdulillah saya diduga dengan berita sedih namun ada kegembiraanya untuk saya dan keluarga."
Sebagai projek rintis empat rumah Kasih Ihsan dibina di Pulau Pinang iaitu di Kampung Tok Bedu, Padang Menora, Penaga dan Machang Bubuk .
Rumah dibina di atas tanah berstatus Lesen Kependudukan Sementara (TOL) dan tanah milik keluarga yang diberi kebenaran untuk membina kediaman atas tanah terbabit.
Rumah berkeluasan 660 kaki persegi itu bernilai RM75,000 seunit.
(Anwar Ibrahim pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kasih Ihsan di Kampung Tok Bedu)