fb fb fb fb fb

Anwar mahu Madani jadi wawasan negara untuk semua

Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Kali Ke-60 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir hari ini/Foto FB Ketua Menteri Melaka

AYER KEROH, 25 Mei - Gagasan MADANI yang diperkenalkan perlu dilihat sebagai satu visi nasional yang mencakupi seluruh masyarakat di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, beliau turut menggesa semua pihak khususnya kementerian dan jabatan supaya memahami konsep MADANI yang berteraskan enam rukun keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

"Sebab itu saya ungkap Madani yang boleh difahami bukan sahaja oleh umat Islam tetapi juga (boleh difahami) bukan Islam di Malaysia.

"Karena kalau suatu konsep di Malaysia ini hanya diterima oleh orang Islam dan tidak dirasakan selesa oleh orang bukan Islam ia tidak menjadi usaha nasional (secara menyeluruh) dan visi nasional.

"Saya nak Madani ni menjadi wawasan negara yang harus dapat difahami," ucapnya pada perasmian Konvensyen MADANI selama dua hari yang menghimpun lebih 800 peserta di sini hari ini .

Konvensyen MADANI turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Persidangan memfokuskan kepada 10 resolusi selaras dengan Konsep Malaysia MADANI antaranya Teknologi dan Media Sosial dalam membentuk minda MADANI; Daya Cipta, Inovasi dan Kecerdasan Buatan (AI) serta Keindahan Islam dalam Pembangunan Malaysia Sejahtera.

GRACE AISYAH KEDAYAN