fb fb fb fb fb

Anwar harap Pakistan-India capai penyelesaian damai

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pakistan dan India dapat mencapai penyelesaian yang damai dan tuntas demi menjamin kestabilan serta keamanan serantau yang berpanjangan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata hasrat itu disampaikan kepada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menerusi panggilan telefon.

"Saya menerima panggilan daripada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, yang kini sedang menunaikan ibadah haji. Saya mendoakan agar beliau dikurniakan haji mabrur serta mengucapkan Eid Mubarak kepada seluruh rakyat Pakistan.

"Saya juga berharap agar lawatan rasmi PM Shehbaz ke Malaysia dapat dijadualkan semula apabila keadaan di negara beliau mengizinkan.

"Malaysia menantikan peluang untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala yang strategik, saling menghormati, dan membawa manfaat bersama.

"Saya turut menghargai ucapan tahniah yang disampaikan oleh PM Shehbaz atas kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM