fb fb fb fb fb

Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Ketibaan Datuk Seri Anwar disambut Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan UMNO.

(FOTO BERNAMA)

Perdana Menteri turut dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa ketika lagu rasmi UMNO “Bersatu Bersetia Berkhidmat” dimainkan.

Selain Anwar, turut hadir pada perhimpunan itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beberapa Presiden parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

Ini merupakan Perhimpunan Agung UMNO pertama dihadiri Perdana Menteri, selepas dipecat daripada UMNO pada 1998 ketika memegang jawatan Timbalan Presiden parti.

Media Baharu