TOKYO, 23 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu rakan sejawatan dari Thailand, Srettha Thavisin di Tokyo.
Kedua-dua pemimpin hadir atas undangan menghadiri Forum Nikkei ke-29.
Berlangsung pada petang Khamis, Anwar dan Thavisin menilai kemajuan kerjasama dua hala, selain bertukar pandangan isu berkepentingan bersama khususnya ASEAN.
Pada sebelah malam, Anwar menghadiri majlis makan malam anjuran Forum Nikkei 2024 yang turut dihadiri Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Tokyo bermula semalam hingga 24 Mei.
Pada Jumaat, Anwar dijadual menyampaikan syarahan memperingati cendekiawan pengajian Islam Jepun, Toshihiko Izutsu di Universiti Keio sebelum menyertai sesi dialog bersama Kelab Media Jepun.
Beliau kemudiannya akan mendirikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo sebelum berlepas pulang ke tanah air.