fb fb fb fb fb

KPM bakal perkasa peranan pegawai perhubungan di sekolah

PETALING JAYA, 23 Mei-  Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama rapat dengan polis untuk memperkasa peranan pegawai perhubungan di sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata terdapat 10,231 sekolah di seluruh negara dengan bilangan pegawai perhubungan yang sama.

Tegasnya, pegawai perhubungan memainkan peranan penting dalam memastikan disiplin dan keselamatan pelajar di sekolah.

Katanya, KPM tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh, sekiranya berlaku kejadian yang menggugat keselamatan pelajar.

"KPM juga menyeru sekiranya ada insiden sebegini seperti dilaporkan seperti semalam berlaku di peringkat sekolah, murid yang terbabit disarankan untuk melaporkan insiden tersebut kepada pihak sekolah dan pihak Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) supaya pihak PPD dapat mengambil tindakan tegas dan pantas", katanya

Beliau mengulas kejadian beberapa pelajar sekolah menengah cedera selepas dipukul dengan kerusi plastik oleh sekumpulan samseng kerana enggan menyertai kumpulan terbabit. 

Wong ditemui selepas menyampaikan Anugerah Milo-Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (MSSM) 2023, di Petaling Jaya. 

Anugerah yang diperkenal pada 1968 itu merupakan satu inisiatif memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang dalam bidang sukan dan mereka yang menyumbang kepada pembangunan sukan di sekolah.

Customer Support