fb fb fb fb fb

Projek rintis Dasar Gaji Progresif, 1,000 syarikat terlibat

KUALA LUMPUR, 23 Mei-  Sejumlah 1,000 syarikat akan terbabit dengan projek rintis Dasar Gaji Progresif yang akan bermula Jun depan.

Jelas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ia adalah usaha kerajaan untuk memastikan gaji rakyat tinggi selari peningkatan produktiviti, selain tumpuan melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.

"Penyertaan dibuka kepada lima sektor iaitu pembuatan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, maklumat dan komunikasi, serta aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.

"Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September ini, bagi memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan," katanya menerusi platform X.

Media sebelum ini melaporkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif kritikal untuk memberikan insentif, secara sukarela supaya syarikat mula menaikkan gaji pekerja.

Customer Support