fb fb fb fb fb

Anwar bertemu Erdogan di pentas PBB September ini, bincang tangani Islamofobia

(FOTO FAIL)

KUALA BERANG, 10 Ogos - Kerjasama Malaysia-Turkiye dalam mengatasi Islamofobia diperkukuh pada persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), September ini.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perjumpaan itu antara perkara yang diminta Presiden Recep Tayyip Erdogan menerusi panggilan telefon mereka empat hari lepas.

pm
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / FOTO BERNAMA)

"Erdogan kata pada saya, Anwar kita berdua mesti mengetuai pasukan Islam mempertahan Islam daripada cercaan barat sekarang ini ada Islamofobia, kita berdua Turkiye dan Malaysia kita pertahankan maruah islam. Dia (Erdogan) minta saya jumpa dia masa mesyuarat perhimpunan PBB di New York pada September," katanya dalam Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Telemong, di sini pada Rabu.

Program itu dihadiri lebih 2,000 penyokong dan jentera Pakatan Harapan.

Media Baharu